25 Dec 2011

AKU YANG BODOH

Aku sengaja memperbodohkan diri
fikirkan bahwa tiada yang lain selain dirimu
sedangkan kau hanya menyedari kehadirannya
dan tak pernah merasai apa yang ku rasa
malah aku tiada dalam hari yang kau lalui
juga tidak pernah menjadi kenangan.
namun dengan hanya memandangmu
membuatkan aku menangis.
biar hanya berpeluang melihatmu pergi
aku tetap merasa gembira,walaupun rasa hati ini
tidak pernah kau fahami.
Aku harus berhenti menyimpan
perasaan dan meninggalkanmu.
Aku sentiasa menunggu suatu hari itu dimana aku
mampu menahan segala kesakitan.
mengucapkan aku cinta padamu dan bersendiri lagi
menangis juga merinduimu.
Mencintaimu umpama satu kelukaan yang terindah buatku.
kala terlihat senyuman itu,
aku tak mampu tertawa bersamamu
saban hari hanya terdaya memikirkanmu,membuatkan hati ini
terasa sakit sepanjang waktu.
Aku hanya mahu bersamamu
berharap dan terus mengharap sungguh pun aku tak mampu untuk bertahan.

No comments:

Post a Comment