30 Nov 2011

KU PILIH HATI MU

Ku pilih hatimu tak ada ku ragu
mencintaimu adalah hal yang terindah 
dalam hidupku
kau detak jantung hatiku..
Setiap nafas ku hembuskan namamu
sumpah mati hati ini memilihmu
dalam hidupku kau segalanya untukku
ku mohon jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti disaat ragaku sudah tidak 
bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir kali
tolong jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti nafasku tidak berhembus lagi
kerana sungguh cinta ini cinta sampai mati.

29 Nov 2011

KAU YANG KU SAYANG

Penah dulu kau ungkapkan satu kata yang indah.
dulu kau begitu istimewa,dilubuk hati ku kau tiada tolakbandingnya
Tapi kini,kau telah jauh dari ku,terlalu jauh...
setiap saat dan ketika aku mengharapkan keajaiban akan tiba
bersatunya kembali hati mu dan hati ku,
kemesraan diantara kita sukar di bayangkan,
sering kita impikan hidup bersama
disuatu ketika kau dan aku saling berjanji seiring dan sejalan walau apa sekali pun rintangan
itu janji yang kita sempatkan didalam hati,
tapi kini semua telah berubah
kau dan aku sangat berbeza,manis menjadi pahit,sayang menjadi benci.
kau ada dia yang begitu menyayangi diri mu.sedang aku cuma mampu melihat saat bahagia mu bersamanya
aku ingin menangis,aku ingin teriak,tapi ada kah kau mendengar tangis dan teriak ku lagi.
kau bukan yang dulu,yang selalu berada disamping ku.disaat susah mahu pun senang.
aku harus bersyukur dan tersenyum meski semua harapan ku hancur.aku bahagia kerana aku masih mampu melihat mu bahagia.hati ini akan tetap menyimpan segala rasa yang dulu pernah tercipta.pergi la kau dan biarkan aku disini,mungkin ini yang terbaik untuk ku.jauh dari mu,jauh dari pandangan mata mu.

DARI HATI

Aku tahu kau bukan selamanya untuk ku
aku tahu hati mu bukan sepenuhnya milik ku
aku tahu cinta itu sekadar gurauan buat mu
aku tahu cuma aku yang mengharapkan mu
aku tahu sedari awal lagi kau bukan
tercipta untuk ku
TAPI...
kau harus tahu bahwa cuma aku yang bisa mencintai mu seadanya
kau harus tahu cinta itu adalah sesuatu yang indah
kau harus tahu betapa aku mengharapkan bahagia itu milik kau dan aku
cuma aku yang akan memelihara cinta ini selamanya walau tanpa balas dari mu
aku tahu suatu ketika nanti kau akan pulang dan menyentuh hati ku lagi
kerna cuma kau,tiada yang lain yang mampu buat aku tersenyum indah.
kerna disetiap mimpi malam ku cuma kau yang ada disitu.bukan dia dan bukan yang lain.
kau harus tahu dari hati kecil ku sepenuhnya ada diri mu.

25 Nov 2011

PERGILAH SEPI

Merenung betapa kegelapan malam yang dihiasi dengan kehadiran
sang bulan dan bintang.pun begitu ianye masih terasa sepi.
sepi seperti hati ini.
yang mahu mencintai dan dicintai.
Disudut sepi ini hati berdetik 
dapat kah aku menilai erti
sebenar percintaan yang dahulu kalah 
sering ku dambakan
Diamuk resah,dicengkam gelisah,
dilamun angan angan.
bertahan kah aku melalui denai rindu ini 
setelah sekian lama dia pergi.
aku yang disini dengan rimbunan rindu.
pergilah wahai sepi,aku ingin menyambut kedatangan sang bahagia.
aku ingin memiliki sebentuk hati yang suci untuk ku satukan dengan hatiku.

16 Nov 2011

DOA DAN HARAPAN

Aku sedar..
aku tidak mempunyai apa-apa,
aku tidak bisa memberi mu kekuatan 
mahu pun keberanian
aku tidak bisa membuat mu percaya sepenuhnye
mungkin jugak tidak pernah menghiburkan
malah tidak bisa menyembuhkan segala kesakitan..
apa yang ada pada ku adalah air mata dan 
cuma kamu yang bisa membuat ku memiliki semuanye.
Harapan dan doa yang selalu ku pinta 
semoga semuanye akan kembali seperti dulu. 

KISAH HATI

Hati..
menyimpan seribu satu rasa,satu rahsia
menyimpan kisah dua jiwa satu cinta
terukir indah senyuman seorang insan istimewa
insan yang membawa sejuta keindahan
teramat sukar untuk membiarkan dia pergi
walau dari kejauhan ini,walau hati begitu pedih
melihat dia bahagia sudah cukup memadai.
pada saat menatap wajahnya,hati mula mengukir rindu.
hati ini..bukan mudah terubati,luka yang terlalu parah
kerana dia insan yang teristimewa,yang pernah memberi
sentuhan rasa,membentuk sebuah cinta.
Andai hatinya tahu kisah hati ini,pasti dia tidak akan pernah
melangka untuk pergi.

14 Nov 2011

SEGALANYE TENTANG CINTA

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.

6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

12 Nov 2011

MELEPAS KAU PERGI

Aku bukan lemah tanpa cinta
hanya tidak mampu sendiri tanpanya
biarkan aku menangis kerna derita
Dia hadir mengubatkan rindu
mengajarkan aku erti cinta
namun semua tidak seindah ku sangka
Dia la yang aku inginkan
Dia cinta yang ku dambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
terpisahnya cinta
Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
namun hati tidak pernah mampu
melepas kau pergi
Setelah sedar dari mimpi
harus ku terus hidup tanpanya
Kini ku pasrah segalanya
tentang cinta.

11 Nov 2011

BUKAN MILIK KU LAGI....

Ada saat mengakui kesalahan yang ku buat.Ada saat ku mengerti setelah ku kehilangan. Senyuman mu,airmata mu,setia mu dulu telah ku hancurkan
Kini baru aku tahu sakit itu apa setelah kau bukan milik ku lagi
baru aku tahu cinta itu apa setelah kau hapus cinta ku yang dulu dalam hati mu
Sekarang saat untuk aku belajar menghargai apa yang ku miliki.Terima kasih kekasih