30 Oct 2011

SAYANG

Kau datang bagaikan mimpi,kau hadir tak ku sedari..namun bukan sekian lama ku nanti kerna diri ku sudah termiliki.kau hapus segala kesedihan dihati,kau tanamkan keindahan yang telah lama ku cari.tapi kenapa kau muncul setelah hati ini telah dihiasi sepenuh kasih.harus kah aku memilih,atau aku membiarkan dirimu tersakiti.
perlukah aku membiarkan semua ini terjadi.dimata mu ku lihat pelangi,senyuman mu mendambakan sanubari
adakah cinta mu tempat untuk aku berlabuh.aku tak mahu menitiskan airmata mu,jauh sekali menyakiti hatimu,
untuk apa semua cinta kau beri padaku sedang hati ku bukan untuk mu.bagaimana untuk aku menghilangkan segalah rasa cinta mu.kenapa aku yang bertakhta dihati mu.kenapa aku yang menjadi pilihan hati mu.
Mengapa semua ini harus tercipta antara aku dan diri mu.

~TERCIPTA UNTUK KU~

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata
Yang tak mampu ku ungkapkan
Kepada dirimu
Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku 

1 Oct 2011

WELCOME T0 THE LUV

Seperti mimpi perkenal itu..kau buat aku sungguh terharu..
pada kerdipan bintang dilangit,aku terkesima dengan kata2 mu,kesungguhan mu dalam mengenal erti cinta serta ketakutan ku untuk menghampiri cinta.Aku begitu seperti tidak percaya,apakah ada ruang untuk cinta bersemadi dihati ku lagi.Aku ragu dan buntuh.Bukan aku tidak percaya bahawa masih ada cinta untuk ku lagi selepas dia.Tapi menerima dirimu bak satu anugerah terindah untuk ku lagi.Mungkin benar kata orang,pergi satu kembali seribu,tapi aku tidak ingin seribu,aku cuma inginkan satu diantara beribu itu.kalau memang benar kau mencintai ku,dan hanya ingin kan cinta dari ku.Aku cuba untuk menerima hakikat itu.Pada ku cuma satu yang ku inginkan dari segenap cinta mu.Aku ingin disayangi dan dicintai sepenuh hati.dan aku cuma inginkan yang terbaik untuk cinta ini.Tiada yang lain jika ditakdirkan cinta ini menuju kepangkuan mu.Bermula nafas baru buat ku juga diri mu.Izinkan aku mengenal diri mu dengan lebih dalam lagi.Tak usah la kita mengejar cinta jika memang cinta itu ada untuk kau dan diri ku.