1 Oct 2011

WELCOME T0 THE LUV

Seperti mimpi perkenal itu..kau buat aku sungguh terharu..
pada kerdipan bintang dilangit,aku terkesima dengan kata2 mu,kesungguhan mu dalam mengenal erti cinta serta ketakutan ku untuk menghampiri cinta.Aku begitu seperti tidak percaya,apakah ada ruang untuk cinta bersemadi dihati ku lagi.Aku ragu dan buntuh.Bukan aku tidak percaya bahawa masih ada cinta untuk ku lagi selepas dia.Tapi menerima dirimu bak satu anugerah terindah untuk ku lagi.Mungkin benar kata orang,pergi satu kembali seribu,tapi aku tidak ingin seribu,aku cuma inginkan satu diantara beribu itu.kalau memang benar kau mencintai ku,dan hanya ingin kan cinta dari ku.Aku cuba untuk menerima hakikat itu.Pada ku cuma satu yang ku inginkan dari segenap cinta mu.Aku ingin disayangi dan dicintai sepenuh hati.dan aku cuma inginkan yang terbaik untuk cinta ini.Tiada yang lain jika ditakdirkan cinta ini menuju kepangkuan mu.Bermula nafas baru buat ku juga diri mu.Izinkan aku mengenal diri mu dengan lebih dalam lagi.Tak usah la kita mengejar cinta jika memang cinta itu ada untuk kau dan diri ku.

No comments:

Post a Comment