30 Sep 2011

AKU RINDU

01/10..mungkin kau telah terlupa akan tarikh ini,atau mungkin juga kau tidak ingin mengingatinye lagi.
tapi bagi ku saat ini tidak akan pernah padam mahupun pudar dalam ingatan ku.saat berseminye cinta antara kau dan aku.begitu ceria kita berdua bagaikan tiada makhluk lain selain kita.saat gembira bersama mu adalah saat2 yang cukup bermakna buat ku.tidak pernah sehari pun aku lepas dari derita merindui mu.walau aku sedar satu hari akan ada waktu untuk aku menangisi kesakitan.satu hari akan ada detik yang datang memisahkan.
mungkin juga aku terlupa dunia nyata kita begitu berbeza.demi hati dan cinta kau dan aku saling menyemai janji untuk sehidup dan semati setia keakhir nanti.Apakan daya jodoh bukan ketentuan kita.begitu sakit ku rasakan
begitu perit ku telan.mungkin kau tak pernah tahu bahwa kehidupan ku tidak akan sempurna 
tanpa mu lagi.
aku cuba dan terus mencuba sedaya kemampuan ku.tapi sehingga kesaat ini pun aku gagal melupakan mu.
mungkin cinta ku tidak akan terhenti disini 
untuk mu..
maaf sekiranye aku pernah melukai hati kecil mu.
aku....
merinduimu,menyayangimu dan mencintaimu setulus hatiku.

No comments:

Post a Comment