22 Feb 2012

UNTUK KAMU DISANA

Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku?Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku,senyuman ku,kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu?Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?Aku rindu kamu,sentiasa ingat kamu...rindu sungguh pada kamu..sekarang Kamu bahagia di sana,Kamu gembira di sana telah bahagia tanpa ku.Aku sentiasa memandang kamu..Aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati yang suci,ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia.Dengan itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini.Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh itu bagai kamu pada mata jiwa ku..aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana...sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu tertawa gembira,bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat kamu dari jauh demi bahagia kamu dan dirinya.

No comments:

Post a Comment